Friday, October 1, 2010

Cara-cara nak meningkatkan populariti korang dalam dunia facebook

Aku rasa semua ada akaun facebook kan? mak aku pun ada..tapi aku tak pernah add mak aku sebagai friend aku..takut kena berleter dalam dunia maya disebabkan perilaku anakanda kesayangannya ini sedikit nakal..hehe..Macam mana korang ukur populariti korang dalam facebook? Adakah korang ni seorang yang terlalau popular..ataupun sedang-sedang saja..ataupun suam-suam kuku..ataupun sekadar bermain di pinggiran macam aku ni? Populariti korang boleh diukur melalui bilangan friend korang..kalau dalam dunia blogging ni kota boleh ukur populariti melalui followers..tapi dalam dunia facebook,populariti diukur melalui bilangan friend korang..

Macam mana korang nak tingkatkan populariti akaun facebook korang..senang je..jom kita tengok apa yang korang kena buat kalau nak popular dalam facebook ni..

MENGELUARKAN STATUS YANG BERBAUR HASUTAN/PERKAUMAN/MENYENTUH SENSITIVITI

Ini yang paling senang nak dibuat..

Cuba korang buat status macam ni..ni hanya contoh ye..
"Aku tak dapat projek tu sebab dia ambik kroni dia saja..makan rasuah! ko makan la rasuah tu sampai perut ko buncit! Bangsa sendiri tak nak tolong.. WTF!!!!"
Aku yakin tak sampai beberapa jam akan wujud satu group yang membenci korang..keahlian dia bertambah dengan pesat..kalah keahlian group yang membantah pembakaran Al-quran..Kaum melayu ni tipikal sedikit..diorang lebih bagi perhatian yang lebih untuk perkara-perkara yang remeh temeh..tapi diorang tak ambik kisah pun macam nak majukan bangsa sendiri..profile korang nanti akan ada komen yang mencaci korang..menghina korang semahu-mahunya..Bloggers pun akan mula menulis pasal korang..gambar korang akan terpampang dekat setiap blog..kata-kata cacian akan mengisi entry blog tersebut..korang rasa bersalah..korang dah hapuskan akaun facebook korang..korang mintak maap..tapi jangan ingat perkara ni boleh selesai macam tu saje..korang akan dicaci ketika pegi ke kedai membeli topup..kata-kata nista akan mengiringi korang masa beli McD..sekarang korang dah popular..baru la boleh upah pengawal peribadi..baru nampak berprofil tinggi sikit..hehe


MEMANIPULASI STATUS HUBUNGAN

Ini yang budak sekolah tak matang buat..diorang buat lagi satu akaun facebook lepas tu letak gambar lelaki hot..lepas tu bermulalah hubungan cinta lutsinar dengan meletakkan status hubungan  'In relationship with ____________'..agak-agak dah bosan sikit tukar pulak status hubungan kepada 'single'..masa ni memang populariti tu akan naik mendadak..akan ramai orang yang single yang memberi simpati akan komen..'bujang lebih baik' la..'bersabar la ye..ada hikmahnya tu'

Hah kan senang nak popular..kalau ada yang betul-betul berpisah pun,masa ni la nak cari pengubat duka pun..akan ramai la lelaki berhidung belang akan mengorat korang..maklumlah baru lepas berpisah..korang pun mesti nak tempat mengadu..

 MEMANIPULASI TARIKH HARI JADI

Ini paling senang nak dibuat..sebosan mana pun profile korang,akan ada satu hari dimana korang akan popular macam Siti Nurhaliza..korang tukar je tarikh hari jadi korang setiap 2 minggu sekali..mesti akan ada ucapan dengan hadiah maya yang korang dapat..masa ni saham faacebook korang akan meningkat..naik mendadak..tapi korang jangan tukar tarikh hari jadi 2 hari sekali pulak..mesti akan ada yang perasan..kalau 2 minggu sekali orang tak akan perasan sebab banyak sangat hari jadi dekat facebook ni..masa ni korang akan letih untuk buat komen balas..jadi jalan termudah untuk korang adalah dengan like je semua komen hari jadi yang korang dapat..

BERGAMBAR GEDIK DENGAN AKSI GHAIRAH

Ni yang paling senang..cuba korang letak gambar profile korang dengan aksi yang gedik dan mengghairahkan..lepas tu korang private kan gambar korang..iini akan membuatkan korang lebih misteri..elemen ini yang paling diperlukan..pasti lelaki di luar tu akan panas punggung,resah,gelisah,ternanti-nanti nak tengok gambar korang yang lain..maka diorang pun akan add korang sebagai friend..pengganas seksual ataupun lelaki/gadis horny pun akan mula add korang..saat ni korang rasakan macam seperti diawang-awangan..ramainya yang sudi berkawan dengan korang..
"tapi saya pakai tudung, tak boleh nak dedah sana sini"

Tak apa jangan risau..kalau korang tengok balik kat luar tu banyak perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju ketat..pakai tudung pun orang boleh ghairah..kalau nak efek best sikit pakai la baju adik korang..baru la nampak body korang yang ramping tu..


Buat lelaki yang kat luar sana,korang pun boleh letak gambar ghairah..senang saja..letak je gambar korang tengah mandi dekat tepi kolam dengan bulu dada yang berpintal..kalau majalah mangga boleh buat macam tu korang pun mesti boleh jugak kan..eeuuuwwww! tergoda mak!

5 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

hahahaha..
kak ketawa tak tahan sangat..

info nie memang membina,...hhahahha

iznulmuazim said...

haha.. =)

yuyu mato said...

huh,,
gler ar statement2 uh,,

ariph™ said...

gua nak tiru post ni buleh tak bos?

iznulmuazim said...

tiru jela..