Korang masih ingat pelajar UKM yang jatuh bangunan hari tu? tak ingat?? Kalau tak ingat tak apa la..aku saja je tanya...tak ada kena mengena pun dengan entry kali ni..hehe
ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita warga Australia maut selepas jatuh terhempas apabila payung terjun yang digunakan ketika menjalani latihan `base jump' di Menara Alor Setar di sini gagal berfungsi, petang tadi.
Ketika kejadian pada kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa yang berusia 42 tahun sedang menjalani latihan bersama beberapa lagi penerjun `base jump' sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan Terjun Antarabangsa Malaysia Menara KL tidak lama lagi.
Mangsa, Tantiekey Lie Marion mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan akibat terhempas di atas simen dari ketinggian kira-kira 165 meter.
Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk dibedah siasat.
sumber:Berita Harian
No comments:
Post a Comment